Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34 mukim di Selangor ditamatkan selepas tengah malam ini, walaupun negara Malaysia mencatat 12,541 kes baharu Covid-19 hari ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai situasi semasa.
Sementara itu, menerusi sebuah siaran dalam Facebook, Kementerian Kesihatan melaporkan 12,541 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini.
Daripada jumlah tersebut, 5,512 kes direkodkan di Selangor dan 1,542 kes direkodkan di Kuala Lumpur.
Untuk rekod, PKPD Selangor telah mula dikuatkuasakan pada 3 Julai.
Ketika diumum pada 1 Julai, Malaysia mencatat 6,988 kes sahaja, di mana 2,885 kes direkodkan di Selangor dan 988 kes direkodkan di Kuala Lumpur.